Arthur Tedder, Baron Pertama Tedder
Arthur Tedder, Baron Pertama Tedder

Arthur Tedder, Baron Pertama Tedder

Perang Dunia IIMarsyal Tentera Udara Diraja Arthur William Tedder, Baron Pertama Tedder, GBR (11 Julai 1890 – 3 Jun 1967) adalah seorang panglima kanan Tentera Udara Diraja (RAF). Beliau merupakan seorang juruterbang dan komander dalam Kor Penerbangan Diraja semasa Perang Dunia I dan beliau terus berkhidmat sebagai pegawai kanan Tentera Udara Diraja semasa zaman antara perang dimana beliau bertugas di Turki, Great Britain dan Timur Jauh. Sewaktu Perang Dunia II, selaku Panglima Markas RAF Timur Tengah, Tedder mengarah operasi udara di Mediterranean dan Afrika Utara, termasuk pengosongan Crete dan Operasi Crusader di Afrika Utara. Taktik pengebomannya dikenali sebagai "Tedder Carpet". Kemudian Tedder mengambil alih pemerintahan Markas Udara Mediterranean dan dalam peranan itu terlibat secara rapat dalam merancang Penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily dan kemudian Penyerbuan Bersekutu ke atas Itali. Apabila Operasi Overlord—iaitu penyerbuan Perancis—sedang dirancang, Tedder telah dilantik Timbalan Pemerintah Tertinggi di Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu dibawah Jeneral Eisenhower. Selepas perang beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara, di mana peranan beliau menyokong pengrekrutan yang semakin meningkat ketika menghadapi ramai askar udara meninggalkan perkhidmatan, menggandakan saiz Pasukan Pejuang RAF dan melaksanakan persiapan untuk Angkutan udara Berlin pada tahun 1948. Selepas bersara beliau memegang jawatan kanan dalam bidang perniagaan dan akademik.

Arthur Tedder, Baron Pertama Tedder

Pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja
Anugerah Knight Grand Cross of the Order of the Bath
Dipuji Dalam Perutusan (2)
Silver Medal of Military Valor (Itali)
Order of Polonia Restituta (Poland)
Legion of Merit (Amerika Syarikat)
Distinguished Service Medal (Amerika Syarikat)
Legion of Honour (Perancis)
Croix de guerre (Perancis)
Croix de guerre (Belgium)
Tugas lain Canselor, Universiti Cambridge
Naib Pengerusi, Lembaga Gabenor BBC
Presiden, Standard Triumph Ltd
Timbalan Presiden, National Rifle Association
Tahun perkhidmatan 1913–1951
Kesetiaan United Kingdom
Pertempuran Perang Dunia I

Perang Dunia II

Meninggal dunia 3 Jun 1967(1967-06-03) (umur 76)
Banstead, England
Kelahiran (1890-07-11)11 Julai 1890
Glengoyne, Scotland
Arahan Ketua Turus Udara (1946–50)
Tentera Udara Bersekutu Mediterranean (1943–44)
Markas Udara Mediterranean (1943)
Markas RAF Timur Tengah (1941–43)
RAF Timur Jauh (1936–38)
No. 2 Maktab Latihan Penerbangan RAF (1924–26)
No. 207 Skuadron (1920–23)
No. 274 Skuadron (1919–20)
No. 38 Wing RAF (1918–19)
No. 67 Skuadron (1917–18)
No. 70 Skuadron (1917)
Perkhidmatan Tentera Darat British (1913–18)
Tentera Udara Diraja (1918–50)